MODEL ASSURE

 

MODEL ASSURE

Tahun 4

Hasil Pembelajaran :

9.1  Mengambil imlak bahan yang diperdengarkan.

Aras 1 : Mengambil imlak perkataan dan ayat dengan ejaan dan tanda baca yang betul.

 

 4.1  Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat dan tersusun.

Aras 2 : Mengemukakan pendapat bagi menjelaskan idea tentang isu perbincangan.

 

Analyse Learner (Analisis Murid)

Kelas sasaran yang dipilih ialah kelas Tahun 4 iaitu 4 Cerdik (kelas kedua) dan 4 Ceria (kelas ketiga). Tahap kebolehan murid yang berada di kedua-dua kelas ini adalah sederhana dan lemah sesuai dengan aras-aras pembelajaran yang telah dipilih iaitu aras 1 dan 2. Pengetahuan sedia ada murid ialah mereka pernah dan tahu menggunakan komputer dan internet memandangkan sekolah ini adalah sekolah di kawasan bandar. Murid juga tahu menggunakan kemudahan telekomunikasi seperti emel, skype dan yahoo messenger.

Gaya pembelajaran yang sesuai untuk pengajaran ini adalah pembelajaran berkumpulan. Model Dunn & Dunn dari aspek emosi dan sosial juga telah dijadikan rujukan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (p&p) ini. Dari aspek emosi, murid dikatakan boleh merangsang dirinya sendiri untuk belajar atau mereka perlu dirangsang oleh guru. Murid akan cuba mengawal emosi dan menerima pandangan orang lain apabila mereka belajar dalam kumpulan. Manakala dari aspek sosial pula, murid boleh menjalankan interaksi dengan orang lain bagi menyelesaikan tugasan yang telah diberikan. Ini akan dapat membantu meningkatkan kebolehan komunikasi dalam diri murid tersebut.

 Teori Kepelbagaian Kecerdasan Howard Gardner juga diguna pakai dalam menjayakan p&p ini. P&p menggunakan beberapa elemen yang dikemukakan oleh Howard Gardner iaitu visual spatial dan verbal linguistik. Dari segi visual spatial, murid akan diminta untuk membentangkan hasil perbincangan mereka menggunakan perisian power point. Manakala dari segi verbal linguistik, murid dikehendaki mengadakan perbincangan bersama murid-murid di sekolah lain melalui kemudahan teke konferens dan juga perbincangan bersama ahli kumpulan.

 

State Objectives (Tentukan Objektif atau Hasil Pembelajaran

Kumpulan atau murid sasaran yang telah dipilih adalah dari golongan yang mempunyai kebolehan yang sederhana dan lemah dalam penguasaan pembelajaran. Bentuk tingkah laku baru yang perlu dicapai oleh murid adalah berdasarkan kepada objektif-okjektif pelajaran yang telah ditetapkan mengikut kesesuaian hasil pembelajaran dan aras yang dipilih. Antara objektif-objektif adalah seperti murid dapat menjawab sekurang-kurangnya 3 daripada 5 soalan secara imlak dengan betul. Objektif yang kedua ialah murid dapat menulis imlak teks yang diperdengarkan dengan menggunakan perkataan, ayat, ejaan dan tanda baca yang betul. Objektif yang terakhir ialah murid dapat menjelaskan sekurang-kurangnya 3 idea penting daripada isu kemalangan yang telah dibincangkan berdasarkan teks yang diberikan.

Selain itu, darjah tahap pencapaian minimum perlakuan murid dapat diukur melalui objektif yang pertama dan ketiga iaitu murid dapat sekurang-kurangnya 3 daripada 5 soalan secara imlak dengan betul dan dapat menjelaskan sekurang-kurangnya 3 idea penting mengenai isu kemalangan yang dibincangkan.

 

Select Methods, Media and Material (Pilih Kaedah, Media dan Bahan)

Penentuan pemilihan bagi format media adalah bahan audio, petikan, slaid dan kemudahan tele konferens yang akan digunakan dalam keseluruhan p&p pada kali ini. Pemilihan bahan sumber seperti petikan dan gambar-gambar juga akan ditentukan mengikut kesesuaian sama ada dengan tajuk dan hasil pembelajaran mahupun minat serta kebolehan murid di dalam kelas-kelas tersebut.

 

 

Utilize Media and Materials (Guna Media dan Bahan Sumber)

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, perancangan telah dilaksanakan oleh guru. Oleh itu, guru dan murid-murid akan menggunakan media dan bahan yang telah dirancang dan dipilih serta bahan-bahan tersebut perlulah dimanfaatkan sebaik mungkin.

Selain itu, bahan dan media yang telah dipilih hendaklah dipratontonkan kepada murid-murid terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Hal ini adalah untuk memastikan penggunaan bahan yang dipratonton adalah sesuai dengan aktiviti yang dijalankan. Selain itu, penyediaan laman web ‘Hujung-jari’ juga hendaklah digunakan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan hendaklah berjalan secara sistematik dan mengikuti prosedur yang telah dirancang.

Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang perlulah dijalankan dalam suasana persekitaran yang sesuai iaitu perlu dilaksanakan dalam makmal komputer. Hal ini kerana suasana persekitaran yang sesuai dengan aktivtiti pengajaran akan menjadikan sesi P&P berjalan dengan lancar serta memberi keselesaan kepada murid-murid yang sedang belajar, di samping murid-murid dapat berpeluang menggunakan kemudahan teknologi seperti komputer dan internet sebaik-baiknya bagi mengikuti sesi P&P dan penguasaan ilmu dapat dikuasai oleh murid-murid.

Sebagai contoh, dalam laman web ‘Hujung-Jari’, bahan yang telah digunakan dan disediakan oleh guru adalah beberapa teks bacaan mengenai Keselamatan Jalan Raya, peta minda yang perlu diisi oleh murid, penggunaan aplikasi komunikasi seperti yahoo messanger untuk membuat telekonferens serta beberapa lagi bahan dan media yang telah digunakan dalam laman web tersebut. Kesemua bahan-bahan ini telah disediakan secara terus di dalam laman web yang telah dibina iaitu murid-murid hanya perlu memuat turun bahan-bahan tersebut.

 

Require Learner Participation (Libatkan Murid Dalam Pembelajaran)

Penglibatan secara aktif oleh murid-murid dalam sesuatu proses pembelajaran dapat membantu memperkukukhkan pengetahuan yang telah dipelajari. Selain itu, penglibatan aktif melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh guru menerusi laman web dapat memberi pengalaman baru kepada murid dan pembelajaran secara kontruktivisme dapat berlaku di mana pengetahuan murid akan dibina berdasarkan pengalaman kerana murid mengalami sendiri menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Selain itu, menerusi laman web yang telah dibina, murid akan menjalankan aktiviti secara aktif dengan melaksanakan aktiviti menerusi perbincangan berkumpulan di mana dalam murid-murid dikehendaki melaksanakan aktiviti telekonferens secara bertiga dalam satu kumpulan untuk membuat telekonferens dengan sekolah lain. Dalam aktiviti ini, ianya dapat memberi peluang kepada pelajar untuk merasai suasana dan pengalaman baru menggunakan aplikasi komunikasi seperti yahoo messanger. Selain itu, pendedahan kepada penggunaan aplikasi ini dapat membantu pelajar memanfaatkan aplikasi yang dipelajari untuk tujuan pembelajaran tanpa bimbingan guru.

Penglibatan murid dalam sesi perbincangan tersebut juga bertujuan untuk membantu murid dalam menjana idea mengenai undang-undang jalan raya, punca-punca kemalangan jalan raya dan langkah-langkah mengatasi kemalangan jalan raya. Kesemua tajuk-tajuk ini dapat memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar untuk mendapatkan input-input atau pengetahuan baru yang tidak diketahui oleh mereka. Selain itu, dengan adanya pengusaan ilmu baru ini, dapat membentuk tingkah laku baru dalam diri murid-murid.

 

Evaluate and Revise (Nilai dan Semak Semula)

Penilaian secara berterusan dan bersepadu telah dilaksanakan di semua peringkat bagi melihat keberkesanan pemilihan media yang telah dilakukan terhadap prestasi murid. Penilaian yang dijalankan ini juga bertujuan untuk melihat sejauh mana pelaksanaan yang telah dirancang mampu mencapai objektif yang telah dirancang atau mengikuti hasil pembelajaran yang dikehendaki.

Oleh itu, guru akan menilai semua aktiviti yang dijalankan dengan menyemak semua hasil kerja murid-murid sama ada mengikuti kehendak objektif yang telah dirancang. Setiap aktiviti yang dilaksanakan telah disediakan satu lampiran berbentuk dokumen mircrosoft powerpoint dan Microsoft word yang hanya perlu dimuat turun oleh murid, serta hasil kerja tersebut dihantar kepada guru dengan menggunakan e-mel.